
Saturday, August 29, 2009
DPI 05 29-08-2009
Salam muhibbah kepada segenap sahabatku.
Menjelang Ramadhan ini kita bersua lagi setelah beberapa purnama berlalu.
Gembira sungguh dapat menghadiri kelas IT yang sebelumnya dianggap meresahkan.
Alhamdulillah ana sendiri rasa seronok dengan kelas IT ni . =)
Menjelang Ramadhan ini kita bersua lagi setelah beberapa purnama berlalu.
Gembira sungguh dapat menghadiri kelas IT yang sebelumnya dianggap meresahkan.
Alhamdulillah ana sendiri rasa seronok dengan kelas IT ni . =)
Bayi Menangis Siapa Yang Tahu
Pernahkah anda terfikir atau berfikir mengapa bayi menangis ketika ia dilahirkan?
Sesungguhnya saya belum mendapat secara jelas dan mendetail dari sebarang hadith atau ayat Quran yang menyatakan tentang keadaan bayi ketika ia dilahirkan.
Sememangnya ana pun belum mencari... Namun ana telah mendapatkan pesanan dan sekilas kupasan dari seorang Dokterandes di institut pengajian Islam di Indonesia tempat ana belajar lebih kurang sedekad yang lalu (macam dah lanjut usiaku gitu).
Kata Drs tersebut mengatakan, tatkala seorang bayi tergelunsur dari rahim ibunya, dia langsung berteriak dan menangis serta pada masa yang sama menggenggam kedua tangannya.
Dua perkara yang dilakukan oleh sang bayi iaitu menangis dan menggenggam jemarinya. Maksud keadaannya ialah:
1) Ia menangis kerana merasa antara takut dan sedih kerana harus singgah ke dunia yang penuh dengan lebih banyak kejelekan dan bahaya dunia yang mencabar dari yang baik-baik, sedangkan dia harus meninggalkan ruang buaian diperut ibunya yang aman dari sebarang ancaman.
2) Genggaman jemarinya pula adalah lambang perjanjiannya untuk memikul beban sebagai kalifah di muka bumi ini sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" [QS Al Baqarah: 30]
Setakat ini saya belum sempat menemukan penjelasan secara saintifik yang berhubungkait dengan ayat-ayat suci al Quranul Karim. Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)